Wednesday, March 14, 2012

Home » , » Keputusan SPM 2011 Diumum 21 Mac Ini

Keputusan SPM 2011 Diumum 21 Mac Ini

Salam Sejahtera Semua...
Hurrmm..dah sahih bahawa lagi seminggu jer lagi keputusan SPM 2011 akan diumumkan. Mesti ramai adik-adik yang dah menduduki SPM tahun lalu tengah kecut perut. 
Tak kurang jugak bilangan mommies yg tak lena tidur sepanjang seminggu ni.
Berdebar kan...haiih...teringat lagi saat-saat nak amdik result SPM dulu..huhu.
Kepada adik2 : semoga berjaya!!
Kepada mommies yg ada ada anak nak ambik result : jgn lupa solat hajat & berdoa..doa ibu doa paling mustajab!
ALL THE BEST !!!
 
PUTRAJAYA 14 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac ini, demikian menurut kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Sementara pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini pada pukul 9 pagi, hari yang sama.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.
Bagi calon persendirian keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.

Seramai 468,808 calon mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini. - BERNAMA


Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

2 comments

March 14, 2012 at 3:45 PM

sng ar g2 eh? :)

March 14, 2012 at 4:18 PM

all the best 4 all.. ;)

Post a Comment