Monday, October 31, 2011

Hari Konvokesyen & Konsert Tadika Along

Salam Sejahtera semua...
Haiih...lama betul n3 ni kena peram...sampai masak ranum dah..hik3x. Sebelum basi meh sini nak stori mori...Yang Mama duk sibuk testing2x memanjangkan yg pendek hari tu untuk ni la..Hari Konvokesyen dan Konsert Tadika Idealis (tadika Along). Majlis ni diadakan pada hari Sabtu 2 minggu lepas, lokasi Dewan Serbaguna Puchong Indah. Kenapa kat Puchong? Sebab Tadika Idealis ada 3 cawangan, selain Bandar Saujana Putra ada 2 lagi cawangan kat Puchong i.e Puchong Prima & Tasik Prima.

Pagi tu, seawal 6.30 pg Mama dah kejutkan anak dara ni. Menyiapkan dia sorang ni pun, Masyaallah...sejam lamanya. Lama tang menyiapkan rambut tu ha...Sepit sana sini, punyalah siksa. At the end, boleh la dikatakan menjadi. Ni la rupanya....

Kontrol sengih takut lipstik hilang..hahaaaa


Dah sampai sana, lapor diri terus la...Ni cikgu kelas Along, Cikgu Irmi...cik lagi yer...hik3x...

Majlis dimulakan dengan acara Red Carpet anak-anak..Amboi....kemain lagi masing-masing. Actually Mama snap banyak juga gambar...tp memandangkan pakai kamera biasa-biasa aja..makanya gambar semua blur...Yer la..gambar budak-budak tengah berjalan..faham-faham sendiri la...huk3x. Time-time ni la rasa nak cepat-cepat sambar DSLR sebijik tp tak mampu la pulak... :p

Anak dara Mama & pasangannya rakannya..

Ucapan Perasmian oleh Pengusaha Tadika/ Taska & Suaminya..

 Persembahan pertama....Nasyid Anak-anak Soleh 
4 & 5 tahun - Puchong Prima

Pop Ye Ye 
4 thn - Tasik Prima

Sway
4 & 5 tahun - Bandar Sauja Putra

Terhangat Di Pasaran
6 thn - Tasik Prima

Oh My Darling I Love U
5 thn - Bandar Saujana Putra

Sketsa Kalau Berpacaran
6 tahun - Tasik Prima
(Mama bagi 4 bintang * wink*)

Pudar 
5 tahun - Bandar Saujana Putra (Along and the gang)

Teater Muzikal Aladdin
6 tahun -Bandar Saujana Putra
(Kalau ni pertandingan konpem hak ni menang sebab memang BEST & MELETUP! Siap ada choral speaking kat bahagian intro tu...I like!! )


Last sekali adalah acara penyampaian hadiah untuk murid--murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun dan juga penyampaian sijil untuk murid-murid 6 tahun (konvo). Along??? hurmmm..tak merasa sebab dapat no.5. Mama tengok skrol dia orang cantik sangat..siap ada gambar kelas sekali. Yang 4 dan 5 tahun pihak Tadika print dalam bentuk bunting...macam ni....cun jugak kan?! Takde la besar sangat...dalam satu kaki panjangnya...Seronok betul anak dara tu, gantung kat bilik tidur dia... :)


Alhamdulillah...selesai sudah part Along untuk sesi ini...Sesi persekolahan pun tinggal 2 minggu jer lagi kan...Sekarang cikgu buat ulangkaji kat sekolah. Penghujung sesi nanti, seperti tahun-tahun sebelumnya pihak tadika akan bawa anak-anak 6 tahun melawat sekolah rendah selama satu hari untuk merasai suasana sekolah rendah. Along next year la yer...Bercakap pasal next year, Insyaallah Along masih lagi kat Idealis. Mama tak berhasrat nak pindahkan sebab tengok dia ok kat situ dan Mama pun sangat selesa dengan pengurusan Tadika Idealis. Alhamdulillah...target untuk Along pandai membaca pada usia 5 tahun dah tercapai. Semoga tahun depan Along akan lebih cemerlang...Amin!!



Nota Mama: Mama sebenarnnya ada ambik video masa Along buat persembahan tapi dah try banyak kali nak upload tp...failed...kenapa ek? Ada sesiapa boleh tunjuk ajar..huhu..

Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

Saturday, October 29, 2011

Keputusan Piala Malaysia 2011 | K.E.C.I.W.A

Piala Malaysia....
Terengganu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan
huhuhuuuu........
Apapun, tahniah Jang!
bukan rezeki kami la tur.....
Buat skuad penyu, walaupun ada kekurangan tp kalian dah buat yg terbaekkk...


Nota Mama: psssttt....Hai O jgn balik Trg bulan ni...nanti kena sekat tengah jalan...hahaaaa....melawak jer....


Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

Piala Malaysia 2011 | Senarai Pemain Terangganu


Kredit kpd Utusan.com


Salam Sejahtera semua...
Hari dinanti dah pun tiba...yeaahhhh!!!
Siapa bakal bawak balik Piala Malaysia tahun ini???

Ganu ker ???
Nogori ker??
Kita tunggu malam nanti la...
Yang pasti dua-dua pasukan sama-sama hebat...
Harapnya atas padang nanti pun hebat jugak...
Jangan main passing-passing tanpa gol yer...
Nanti mak boring nengoknya...hahaaaaa
10 tahun dulu i.e tahun 2001 masa Terengganu menentang Perak, jangan korang tak tau, Mama ada sama kat stadium yer...
Masa tu duk bercintan cintun lagi dengan En.Bopren aka En.Suami skrg..
Dah ikut penyokong Perak, terpaksa la duduk sekali kan...takkan nak duduk seat penyokong Trg pulak..maunya den kena tinggal...hahahaaa.... 
Itu kesah 10 thn dulu...malam ni...kami mengadap tv ajer...
takde maknanya nak pergi stadium..
RM 50 x 2 + (RM 5x3) dah berapa tur..huhu
Semoga ada la rezeki Terengganu...
Kalau menang mesti Ahad cuti kan....bestnya!!!
All the best team TERENGGANU!!!
Foto Menarik

Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan & Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof 
kredit kpd Harian Metro


Ketua Jurulatih - Haji Irfan Bakti Abu Salim
Jurulatih Penjaga Gol - Zubir Ibrahim

Senarai pemain:
Penjaga Gol:
1. Mohamad Sharbinee Allawee Ramli 25
2. Mohamad Shamirza Yusof
3. Mohd Shahril Saa'ri (T-Team)

Pertahanan:
1. Mohd Marzuki Yusof (C) 17
2. Ronny Harun 11
3. Nik Zul Aziz Nawawi (Pahang)
4. Mohamad Muhaimin Omar 3
5. Mazlizam Mohamad (Perlis)
6. Helmi Rameli 21
7. Hasmizan Kamaruddin (Pahang)
8. Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan 4
9. Md.Zubir Md Amin

Tengah:
1. Ismail Faruqi (T-Team)
2. Ahmad Nordin Alias 18
3. Reesyafiq Alwi (KL Plus)
4. Joseph Kalang Tie 12
5. Muhamad Ashaari Shamsuddin 22
6. Zharif Hasna 23
7. Safuan Adli Shaari (Perak)

Penyerang:
1. Abdul Manaf Mamat 10
2. Abd Hadi Yahya (T-Team)
3. Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi 9
4. Mohd Ailim Kamaruddin (Kelantan)


(Kredit kepada myadha untuk senarai penuh pemain)

Die Hard Fan Terengganu???
 :)  :)  :)
Kredit kpd Utusan.com


Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Sini Utk Daftar Churp-Churp

Friday, October 28, 2011

Piala Malaysia 2011 | Apa Kata Pemain & Peminat Skuad Penyu

Salam Semua...
Hari ini dan esok, Puan blog fokus pada Piala Malaysia yer...harap dapat bg sokongan dan memahami kesusahan hati Puan blog menjelang hari esok yer ...hahaa...
Untuk semua peminat skuad Penyu...yeaahh..mari kita tengok apa kata mereka..


Kata Pemain-pemain:

Mazuki Yusof : Terima kasih diatas sokongan anda dan diharap semua fan Trg mendoakan kejayaan team Trg kite Sabtu ni.. berhati2 di jalan raya dan didoakan semoga selamat sampai dan selamat pulang.. Peteh Ganu Peteh!


Ashari Shamsudin : terima kasih pd ahli2 Terengganu FC (TFC) kerana terus menyokong walaupun dalam suasana kurang menyenangkan dgn pengagihan tiket.. teruskan sokongan anda.. jumpe semua di Stadium S.Alam Sabtu ini..


Ismail Faruqi : Semoga kejayaan terus memihak kpd team Trg kite.. insyaallah piala malaysia akan kembali ke bumi Trg Darul Iman.. terima kasih semue ahli2 TFC yg berterusan memberi sokongan


Manaf Mamat : Diharap semua penyokong2 team Trg kite dpt memberi sokongan sepenuhnya di Stdm s.alam nnti.. kami pemain2 Trg akan membuat sebaik mungkin utk membawa balik piala kebanggaan kite.. Piala Malaysia.. Insyaallah hadiah utk peminat2 yg terus menyokong team Trg kite...


Hadi Yahya : Salam.. kpd fan2 TFC.. kami semua berjanji akan bermain habis-habisan utk memenangi final nnti insyaallah.. dan berhati2 dlm perjlnan pergi dan blk.. amin.. peteh ganu peteh


Sharbinee Allawee : Kpd pemint2 pasukan Trg, trslah menyokong perjuangan kami. sokongan padu kalian amat kami perlukan.. terima kasih TFC


Joseph Kalang Tie : terima kasih byk2 ats sokongan yg xberbelah bg dari rkyt trg yg sentiasa menyokong kami selama ini.. hati2 dijln raya.. semoga slmt pergi dan blk...


Faizal Muhamad : Kpd fan2 TFC.. doakan kejayaan pasukan Trg.. Insyaallah piala Malaysia tahun 2011 ini menjadi milik TRG..


Kata Peminat-peminat:


Esok...!!!
Laak...!!!
Koho lame koho dekakk...!!
Dupp dakk...dupp dakk...!
Wase debo kejakk...!
Tapi dakpe...kita kan sep ketakk...!
Ketak2 gop...! Dang kaloh guaer sumbakk...?!!
Base dia doh...! Name pung bola sepak...!!!
Menang kalohh tu memang adakk...!!!
Kot mane2 pom..Sabtu ni...Stadium biar padakk...!!!
50 riya mahal ke kakk...???
10 thn 50 riya...padang doh hoo kakk...!!!
Kalu tengok harge...memang sumbakk...!!!
Tapi nok wak guane..kaki pah ceroh jetakk...!!!
Nok dok nok...beli je la walau hati dop wape sedakk...!!!
Bende jarang2 skali buleh dapakk...!!!
Benda ginim base dia doh kakk...!!!
Baram laku...baram limited...baram terhak...!!
Kite dop pakse, kita pun dok sekakk...!!!
Kita cuma bagi semangak...!!!
Stakak sembang berapi...habuk pun takdakk...!!!
Baek duk drumoh laa....makang karipak...!!!
Nok mari...marii...takmboh mari..jangan cakakk..!!!
Hop mane mari dengan penuh semangakk...!!!
Harap perjalanang pergi dan balik selamakk...!!!
Dop kira jauh ke dekak...!!!
Hop peting...JANGANG TINGGAL SOLAT...!!!
Bereh...!!!!
Slamak2...!!!


Copy paste dr : Terengganu FC (TFC)

PETEH GANU PETEH !!!!

Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

Doa Ibu Untuk Anak


Ya Ghaffar, Ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak ini
Kau amanatkan diti mereka pada lindungan kasih sayang kami
Kau percayakan jiwa mereka dengan dakapan cinta kami
Kau besarkan badan mereka dengan aliran susu kami.

Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

Kami berlumba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian
Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan
Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta
seperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka
dalam kehangatan dada-dada kami

Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami
menjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-Mu
Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka
keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih
Sebelum Engkau ampuni mereka,
Ya Allah 
ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami

Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka
dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka
ayat-ayat Al Quran dan Sunnah Nabi-Mu

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kami
dengan air mata penyesalan akan kelalaian kami


picca taken on last Thursday....sejuk hati Mama tengok gelagat 3 anak dara ni

Nota Mama: Tiba-tiba hati sayu bila membaca bait-bait puisi atas tu...ringkas tp penuh dengan peringatan & makna tersirat.  


Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

Thursday, October 27, 2011

Hidup Tanpa Internet

Salam Semua....
Walaweiiii...rindu betul ngan blogku...
rindu kawan-kawan juga
korang windu tak? hahaaaa
dah seminggu takde tenet kat umah
lagi best bila datang kerja opis pun takde tenet sejak selasa baru ni..
nah amik ko...merasa hidup dalam gua kejap
huhuhuuuuuu....nanges tak berlagu jawabnya...
apa pun...Insyaallah, esok akan kembali menyemak dalam dunia blogging cam biasa...
banyak ni n3 dalam draf ni...kekeeee


Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

Monday, October 24, 2011

Bila Yang Pendek Nak Dipanjangkan

Salam Sejahtera Semua...
Hari Isnin bukan hari biru..hari Isnin semangat kena waja sebab ada 6 hari lagi utk dilalui minggu ini, minggu ke 4 dibulan Oktober. dah ke hujung bulan dah ek...huhu
Topiknya...yg pendek nak dipanjangkan...
tiada unsur-unsur 18SX apatah lagi 18SG di sini...harap maklum.
Ceritanya...anak dara sulong Mama nak konsert..
ala..biasalah, kat tadika kan hujung-hujung tahun ni ada hari konvokesyen & konsert
Actually, konsertnya dah pun berlangsung Sabtu baru ni...
Nanti Mama up gambar..

Yang pendeknya adalah.............
rambut anak daraku ni..........
haiih....rambut dia ni...nak kata pendek tak juga, nak kata panjang tak boleh tocang pula...
Mama nak bawak pegi kedai gunting tak mahu pula dia...
kesudahannya macam ni la jadinya...serabai...huhuhu...

untuk konsert tahun ni, kelas Nurin akan buat persembahan menari
Lagunya..Pudar-Rossa.
Jenuh la Si Mama anak dara ni perah otak, macam mana nak dibuat rambut dia ni...
Pakai cekak??hmmmm....tak smp 5 minit cekak dah jatuh ke muka..
dah jenis rambut licin, tak maunya cekak tu lekat...
Seminggu jugaklah mencari idea..
Akhirnya.......idea mari juga....
dengan tambahan kos sebanyak RM15, maka inilah hasilnya....

^

^

^

^

taddaaaaaaaaa

panjang sudah rambut anak daraku....wakakaaa
belasah la Along...as long puas hati kamu...
tapi yg tak puas hati, Mama dia la pula...
lalu Jumaat lepas gi serang Guardian pulak, beli spray rambut...
kasi lebih neat & cun!!
Tambah tolak kos utk anak dara ni konsert boleh tahan juga...
necklace (RM15.90);
ear ring (RM 4.90)
Hair accessories (RM 15);
Baju (RM 29.90)
Hair spray (RM13)
hurrmmmm....mujurlah Cikgu dah inform 4 bulan lepas...
Jadinya, masa beli baju raya..jeans & kasut tu Mama beli siap-siap yg boleh pakai utk konsert.
Save sket...hahaaa

Nota Mama: Internet & telefon rumah tak boleh pakai sejak Jumaat lepas...makanya, Mama tak dapat nak draft n3 awal-awal & bw beberapa hari ni, tenet kat opis pulak lembab nak mampus...mencik tul..cepatlah TM betulkan...


Terima kasih sudi baca entry ini!!
  Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

Friday, October 21, 2011

Resipi Nasi Kerabu Kerjasama

Salam Sejahtera semua...
Hari ni, di permulaan garisan gambar yg bercerita..

Cerita 3/4 penuhnya...sepenuh meja...

tak nampak ekkk.....


nah kasi close up lagi.....

close up lagi....


dan lagi.....

cerita full versionnya......

Resipi dan Kaedah Buat

1 periuk nasi kerabu dimasak oleh Kak Idah dgn penuh kasih sayang
1 bekas sambal kelapa citarasa pantai timur sejati oleh Kak Idah (juga)
1 bekas kuah tumis lemak berkrim oleh Kak Idah (lagi!)
1 bekas daging - dibakar dengan hati-hati oleh Norish
1 bekas keropok keping ranggup gitu oleh Norish
2  bekas ayam goreng dengan mengikut teori & kaedah cara hidup sihat oleh Maz
5 biji telur masin direbus secukup rasa oleh Yam
1 bekas ulam-ulaman ala cincang-cincang malas oleh MamaYatie
1 bekas sambal tak brapa cukup rasa oleh MamaYatie
1 mangkuk budu cap tere' by ore kelate, Kak Idah & Maz
1 jug air teh o panas kaw & 1 jug air teh tarik marbeles dibancuh oleh anak dara bernama Maz

Nota 1: Hidangan telah disediakan & dihabiskan pada hari Sabtu lepas, utk 15 org- takde sempena apa-apa..saja suka3x..
Nota 2 : Menu minggu depan apa pulak yer? hik3x

Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

Thursday, October 20, 2011

Rindu Pada Daerah Kelahiran Yang Kutinggalkan

Salam Sejahtera semua...
Alkisahnya Mama dulu dilahirkan dan dibesarkan Pekan, Pahang sampai umur 12 tahun yang mana selepas tu Mama sekeluarga pindah balik ke negeri asal orang tua kami, Terengganu. Dipendekkan cerita, zaman kanak-kanak Mama memang kat sana. Dalam fasa kehidupan kita, zaman kanak-kanak adalah zaman paling indah kan..Tak kira la pahit mahupun manis, memori daun pisang zaman kanak-kanak akan terpahat kukuh dalam ingatan kita sampai bila-bila. 

Beberapa hari ni, rasa rindu utk kembali ke Pekan membuak-buak dalam hati. Rindu pada kawan-kawan lama, sekolah rendah Mama, suasana kat sana & semestinya makanan orang sana mcm Mee Kari belakang pasar- tak jumpa lagi mee kari sesedap tu smp sekarang!! Dah 17 tahun Mama tak jejak kaki ke sana. Sangat-sangat rindu okey! Sebetulnya kakak hak sulong dah pun bermaustatin kat sana sebab dah kawen dgn orang sana. Beberapa orang sepupu juga ada disana. Cumanya...rumah pusaka peninggalan ayah bonda memang dah 'dilupus' hak milik. Huhu...Itulah yg menyebabkan kami 3 beradik (Mama & 2 abg) balik sana hanya bila ada keperluan. Macam awal bulan baru ni, sebab anak sedara Mama kawen. Mama??? Perancangan awal memang nak balik, tp sayangnya...satu family dilanda wabak chicken pox. Jadi, rindu kekal rindu.... :( .Hati yg rindu bertambah lagi rindu bila Abg Mama sesedap rasa jer tayang gambar-gambar masa pegi sana kat muka buku..wuwuwu.....ni nanges ni...Bagi orang yg tak melaluinya mungkin tak rasa apa-apa...tp bg kami setiap satu gambar tu ada cerita tersirat. Nak pulak di zaman kecik dulu, kami banyak melalui jalan-jalan yg berliku seperti Kisah Mi Lidi.

Mama tempek beberapa keping picca yang dicilok dr muka buku abg...hehee...Ni rasanya mesti kat Padang Polo, tempat main polo kuda. Betul kan UmiMiaPekan ni femes dgn polo kuda. Korang pernah tengok ker tengok sukan polo kuda?


Pernah sekali dulu kena marah teruk dengan kakak ipar sebab Mama dan Abg no.2 pergi tengok polo kuda & tak bagitau dia...dia risau setengah mati...huhuhu. 
Mama sapa la noti tu yer...

Dulu, hari raya kedua or ketiga (dah lupa) ada Istana terbuka..
Siapa yg tak tau, Pekan adalah bandar diraja..rumah kami pun dekat jer dengan Istana :)
kita orang suka pergi sebab heaven dengan makanan, dpt duit raya & satu tupperware -goodie bag..i like!!



Hati tetiba sebak bila tengok rumah ini...
walaupun Abg Mama tak letak apa-apa 'kata' kat muka buku pasal gambar ni, tapi Mama tahu...perasaan dia sama dengan perasaan Mama..~wuwuwu~....



TQ sudi baca luahan hati orang tengah emo....:p


Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp