Friday, December 2, 2011

Home » , , » Aktiviti Anak Mama | Mengasah Kemahiran Motor Halus

Aktiviti Anak Mama | Mengasah Kemahiran Motor Halus


Salam Sejahtera Semua...
**Disclaimer : Mama bukan cikgu prasekolah & tak pernah mengikuti mana2 kursus pendidikan awal kanak-kanak. N3 dibuat berdasarkan pembacaan (sumber ada dinyatakan) dan juga pengalaman bersama-sama anak. Jadi, jika ada kandungan n3 ini yang kurang tepat, sila betulkan Mama dengan cara yang berhemah. Terima kasih.

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. 


Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.

Sumber : Cikgu Mya Afifi


Berdasarkan pengalaman lalu, anak Mama Along aka Nurin menghadapi masalah untuk menulis dengan baik waktu berusia 4 tahun. Maksud Mama di sini, cara Along memegang pensel tak betul, tegak semacam dan menyebabkan susah nak menulis. Yang jadi mangsa adalah pensel sebab selalu dia baling kerana marah. Adoyai....!! Mulanya Mama ingatkan itu perkara biasa yang dihadapi seorang anak yang baru belajar menulis ABC. Tapi, after a few months Mama perhatikan masalah tu berlarutan. Maka Mama mencari puncanya. Akhirnya Mama temukan sebabnya...kemahiran motor halus Along masih lemah. Actually, bukan sekadar menulis, tapi aktiviti lain seperti memegang sudu, membutangkan baju, menyuap nasi malahan mewarna  dan melukis juga masih tak berapa nak betul caranya. Huhu...salah Mama juga sebab kurang ilmu dalam mendidik sob..sob..sob. Bertitik tolak dari situ, Mama banyakkan membaca dan mencari apakah aktiviti yang boleh membantu meningkatkan kemahiran motor halus. Untungnya Mama sebab Angah Anak Permata Negara. Jadi catatan Cikgu dalam Buku SMS Angah banyak memberi panduan kat Mama. Terima kasih cikgu!! 

Salah satu aktivitinya adalah 'menggunting'. Kaedahnya, mulakan dengan latihan menggunting gambar-gambar yang besar size nya dulu. Pada peringkat permulaannya mungkin guntingan tu tak berapa cantik...silap-silap hari bulan gambar yg nak digunting pun tergunting sekali..hahaa. Bila dah mahir gunting gambar besar, berlatih la gunting gambar yang lebih kecil saiznya. Seterusnya, berlatih la pula gunting garisan putus-putus. Insyaallah pada peringkat ni, kemahiran motor halus anak,  koordinasi tangan dan mata berada pada tahap yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya (^_^). 
  

Beberapa bulan lepas Cikgu kata Angah dah pandai gunting garis putus-putus (^_^) 

Untuk menjadikan aktiviti lebih menarik, lepas gunting-gunting bagilah mereka tampal menampal pula.  Mama bagi mereka buat pilihan sendiri, apa warna kertas yang mereka suka. Melalui aktiviti menampal ni secara tak langsung kita juga mengasah kreativiti mereka. Mama biar jer mereka tampal sesuka hati tapi....Mama guide jugalah serba sedikit, secara logiknya gambar ini berada di posisi mana (huh..QC kan Mama nih). Opsss...jangan lupa sediakan satu bakul sampah supaya sisa guntingan boleh terus dibakulkan mereka..barulah Mama tak headache...hahaaa.


 Budak kecik ni suka main gam jer...huhu
Abaikan keseksian dia..memang gitu peel dia kat umah

Tadaaa...dah siap....
Untuk Along, Mama teruskan dengan sesi bercerita untuk melatih kemahiran komunikasi...
Mama tanya Along apa gambar yang ditampal, kenapa dan apa sebabnya gambar tu disukai...
Kata Along: Along suka gambar pokok Nyior ni sebab macam kat Kg Cik Lah (Trg); 
gambar bas ni sebab dah lama tak naik bas, 
gambar kereta sebab kereta macam ni cantik, 
gambar kerusi dengan meja ni sebab kat rumah kita takde lagi macam ni...hahahahaaa  

Budak kecik ni pulak Mama suruh dia sebutkan setiap gambar tu apa namanya i.e : kerusi, meja, kereta. Sebenarnya gambar utk Mysara ni Mama yang guntingkan, Mysara baru jer nak belajar pegang gunting, belum pandai guna lagi. Kalau ditenang betul-betul, ada gambar yang Mysara tampal tu tonggang terbalik sesuai dengan kemahiran anak baru berusia 2 tahun tapi sila abaikan yer..kekeee.

Angah pulak mana??? Dia dah cabut...sebab dia kata "Mama, cikgu kata lepas tampal-tampal kena jemur dulu bagi kering" Huahahaa...alasan nak ngelat tu sebenarnya sebab dia nak menyibuk kat celah ketiak Papa yg tengah surfing tenet. Isk..isk...isk!!!

Berapakah $$$$$ yang diperlukan untuk aktiviti ini??? 
1) Sebilah gunting khas untuk kanak-kanak berharga RM 3.90 dan boleh didapati di mana-mana kedai alat tulis/ buku 
2) surat khabar lama (ruangan iklan/ bergambar) @ senaskah buku iklan yang diberikan percuma kat peti surat rumah kami (^_^)
3) MASA dan PERHATIAN seorang yang bergelar ibu @ bapa


Alhamdulillah, lepas beberapa bulan Mama nampak kemahiran menulis dan mewarna Along semakin baik. Setakat hari ni, Along dah boleh menulis dengan baik dan dah mula melukis macam-macam. Sekian perkongsian hari ni. 

Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

12 comments

December 2, 2011 at 12:04 PM

very good info dear...

December 2, 2011 at 12:50 PM

yer ker? tq 4 d info dear :)

December 2, 2011 at 1:35 PM

thank u 4 sharing ye mama...
anak2 izan mmg suka gunting2 nih. tp kalau si kembar guan gunting craft je sbb tak tajam sgt. wajib sediakan bakul trus...kalau tak sepah satu umah kan...hehehe...

December 2, 2011 at 1:57 PM

memang bagus latihan mcm ni.. terima kasih Tie

Anis pun masih bermasalah dgn kemahiran motor halus dia.. Alia dah okay.. mewarna pun dah semakin baik. tp si kakak... huhuu.. ibunya memang kena lebih berusaha sebelum dia masuk sekolah bulan depan..

December 2, 2011 at 4:03 PM

tq mama yatie...

December 2, 2011 at 4:04 PM

Uikssss leh praktik ni..
TQ sis.. ;)
Suka tgk deme berkerjasama.. ;)

December 2, 2011 at 4:37 PM

hmm...br ila tau... nnt nak buat jugak la aktiviti menggunting mcm ni... syafqah suka menggunting.. tp mama fiqah malas nak join sama2....

December 2, 2011 at 6:19 PM

menarik :)

December 4, 2011 at 4:23 PM

~ Mummy2k : sama2 dear

~ eB : semoga dpt manfaat bersama

~ Izan: betul tu..br mama tak tensi :)

~ Kak yong: tak per kak yong, yg penting kita dah tahu masalahnya & ada masa lagi utk kita bantu mereka

~ aanie: sama2 anie

~ Salina: sama2...nnt leh si mata lentik praktis :)

~ Iela: saya pantau gitu2 jer...asalkan takde alat2 yg bahaya bersama mereka

~ Ijah : tq

May 23, 2012 at 11:13 AM

salam...anak sy baru berumur 4 thn..tak pernah lagi wat aktiviti camni sebab risaukan gunting yg tajam dan gam melekit...yg pernah sy buat adalah mewarna menggunakan water colour..memang 100% perhatian diberikan semasa aktiviti ni..kalo tak abis rumah dan lantai di catnya..nak try ler aktiviti nih kat rumah...cam best jer...

May 23, 2012 at 1:41 PM

wsalam mummy..
cadangan saya mummy beli la gunting utk budak2 tu..tak mahal..
tips saya:
1)mulakan ajar anak gunting gambar bersaiz besar
2) pas tu gambar lebih kecil
3) dah expert boleh belajar gunting ikut line pulak :)

xtvt mewarna pakai water colour pun bagus mummy..saya pun jarang buat..

April 5, 2013 at 9:56 AM

salam kak..salam pekenalan..
anak saya zahra saya perasan tak minat warna..dah anta tadika dah..anak saya colour skit penat la ibu la buat sama mcm kat sekolh pun..gunting mmg tak reti pegang lg..dia 4 thn..smlm teacher dia kat kemahiran mota dia lemah..tu yg cari cara nak tingkatkan..dia tulis bulat pun belum blh lg..sedih gak..huhuhu

Post a Comment