Monday, October 3, 2011

Home » , , » Amalan Yang Baik Oleh Ibubapa Ketika Anak Exam

Amalan Yang Baik Oleh Ibubapa Ketika Anak Exam


Salam Semua..
Kita dah pun menjengah ke bulan Oktober. Mama percaya ramai ibubapa di luar sana mempunyai anak-anak yg akan menduduki peperiksaan besar spt PMR (esok kan), SPM, STPM atau peperiksaan akhir tahun. Justeru, Mama nak share sket apa yg Mama baca dari FB Mata Hati Ainu lQalbi. Semoga ianya akan menjadi panduan yg berguna untuk kita semua...Insyaallah..

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x


7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. 

Sumber: 

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Wasallam.



Terima kasih sudi baca entry ini!! 
Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

8 comments

October 3, 2011 at 8:10 AM

minggu ni start PMR..jln lengang opis pn lengang sbb parents rmai amik cuti ..haih...sy xmerasa lagi..lmbt lagi..hiksss

October 3, 2011 at 8:57 AM

good info dear...

October 3, 2011 at 10:25 AM

Leh jadikan panduan bila anak masuk sekolah nanti

October 3, 2011 at 10:49 AM

emm..boleh amik tips ni..tq..

October 3, 2011 at 10:52 AM

Tips yg sangat baik ni Yatie.. Insya Allah, & kita pun harus selalu mendoakan semoga setiap hari anak2 kita dipermudahkan dlm menerima pelajaran, kan.. :)

October 3, 2011 at 10:57 AM

tq...adik kta amik spm tahun ni la mamayatie

October 3, 2011 at 3:02 PM

nice sharing..
doa ibubapa adalah yg terbaik :)

October 3, 2011 at 3:08 PM

perkongsian yg sgt bagus...

Post a Comment