Thursday, March 31, 2011

Home » » Go Green - Hasil Dari Menyokong Kempen Kitar Semula

Go Green - Hasil Dari Menyokong Kempen Kitar Semula

Salam Sejahtera semua...

picca --> credit to here

Hmmm..dah hari Khamis pun yerk...cepatnya masa berlalu. Hari ni nak share cite pasal kempen kitar semula. Korang sokong tak kempen ni? Yang Mama maksudkan bukanlah sokong dengan berkata "Ya" tetapi adalah sokong dengan action. Kalau ada, alhamdulillah...sama2 kita jaga alam sekitar kita yg semakin hari semakin nazak ni yer. Kami sekeluarga, nak kata 100% menyokong tak juga..tapi sedang berusaha ke arah itu  :P. 

Dua minggu lepas, kami ker Pusat Kitar Semula MPSJ, USJ 1 (PKS) kat Persiaran Subang Permai. Nak senang cerita, kalau siapa yg biasa ke Mydin Mall, USJ tu..dr depan Mydin korang terus jer..lepas Shell & Esso (sebelah kiri jalan) nnt korang nampak ler PKS ni..Kami sebenarnya nak ke Mydin hari tu, alang-alang ke sana bolehlah la singgah sekali. So far, kat area umah kami MDKL memang tak sediakan lagi (bila la gamaknya nak ada yerk!). Sebelum pindah BSP, kami memang tinggal USJ 1, so kerap ke PKS. Setiap kali pergi, hasil jualan tu dapatlah beli roti Gardenia hak slices tu sebungkus..ok la tu kan! Sekarang ni pulak payah sket ler.huhu...Untuk info & action, boleh semak senarai pusat kitar semula  MPSJ yg lain di sini. Untuk lain-lain kawasan di KL, Selangor  & Pahang boleh semak di sini .

Jadi, cerita hari tu, En.Suami bawak barang-barang kat bawah ni utk "dijual".

Tadaaa...inilah hasil jualan kami hari tu...
^
^
^
^
Boleh kata lumayan jugak this time, sebabnya monitor tu hak mahal. RM 10. Suratkhabar pun banyak jugak, lebih kurang tinggi Mysara - 2 1/2 tahun punya collection..hahaha. Nak jadi cerita, elok sampai kat Mydin Mama tengok banner SALE -  pakaian jenama KIKO/Disney. Waaah, i like!!! Tanya En.Suami, boleh tak Mama guna $$$$ ni utk beli baju anak-anak. En.Suami setuju ajer..nampak benda sket katanya. Budgetnya Mama nak beli t-shirt jer..tup tup ter'berkenan' pyjama la pulak..huhu...cantek2 la..Jadinya, Mama top up la sket $$$ Mama..dapatlah ni...
Maka, pengiraaannya jadi begini..
Jumlah bayaran yang dibuat utk 3 pasang baju tu = RM 40
 RM 40.00 - RM 18.00 (duit kitar semula) = RM 22 (dari poket Mama).
Amat berbaloi-baloi kan!!! 
Jadi, apa ditunggu lagi...
JOM KITAR SEMULA!! 
GO GREEN!!!
credit to here

Terima kasih sudi baca entry ini!!
  Jom tukar-tukar klik HB  
 

9 comments

March 31, 2011 at 10:29 AM

ERMM.. SAYANGI BUMI KITA.. MMG BAGUS BUAT CAMNI.. DISAMPING TU , ADALAH JUGAK HASILNYER KAN??

March 31, 2011 at 10:35 AM

baju gegirl mmg comel2 n berbaloi2,jelesnye i..go green..huhuhu

March 31, 2011 at 10:40 AM

berbaloi..dapat baju sorang satu...

March 31, 2011 at 10:55 AM

wah...monitor tu pun diorang amik ke...

kalau printer diorang amik tak? deqdeq ada printer tu dh rosak apa tah...mmg igt nak buang

March 31, 2011 at 11:03 AM

wah bagus nyer idea ni...
Breadcrumb Navigation Blogspot Lebih SEO Friendly

March 31, 2011 at 11:03 AM

betoi jugakk tu....at least dapat jugak le duit...sikit pun ok.....selain daghi kite dapat menyumbang untok kebaikan alam sekitar.....bende ni dapat menyumbang kepade poket kite jugakkk.....jadi leee

March 31, 2011 at 11:27 AM

bagus mama, dpt jugak beli baju anak2 dara mama kan..

ahad lepas pun kami jual koleksi majalah...dpt RM50. Mana taknya, penuh satu boot kete tu~

March 31, 2011 at 11:54 AM

waaah berbaloi2..heee...tapi kt umah, takde menda sgt nak kitar semula..dh pindah tinggl semua..hu~

March 31, 2011 at 4:10 PM

mmmg bagus.. ila skrg ni pun sdg sokong kempen ni... soping bwk beg sendiri... pastu tin susu irfan pun ila dah stat kumpul utk dijual.. sbb aluminium harga dia up sikit..hehe..cantik bj tido diaorg bertiga tu

Post a Comment