Salam
Sabtu lalu waktu memandu pulang ke rumah, sebaik shj membelok masuk ke kawasan perumahan kami aku sedikit tersentap melihat banner yg digantung pada pagar; " Kawasan Anda Sedang Dilanda Demam Denggi ". Musim denggi datang lagi...erkkk?? Mungkin bagi sesetengah ahli masyarakat kita tidak pernah cakna atau dlm erti kata lain tak ambil kisah langsung di waktu org lain sibuk memperkatakan tentang denggi. Bagi kami kesekeluarga yang pernah melalui saat-saat getir, memang kecut perut bila terdengar berita ada jiran tetangga terkena demam denggi. Cukuplah sekali kami berdepan dengan pengalaman pahit anak sulung kami, Nurin dijangkiti demam denggi pada awal Nov 2008.
Masa tu aku baru jer mula berkerja balik selepas lebih setahun menjadi House Manager. Hari ke-3 aku mula berkerja Nurin dah mula demam. Kebetulan minggu tu Papa Nurin keja shif malam. Jadi kepada dialah aku titipkan Nurin. Nak cuti pun, aku baru kerja. Mulanya kami sangkakan hanya demam biasa, jadi kami cuma bagi Nurin makan ubat demam biasa yg sememangnya dah standby dlm fridge (fridge kami dah macam farmasi, mcm2 ubat ada). Dua hari berikutnya demam Nurin tak juga kebah. Yang lebih membimbangkan kami keadaan Nurin semakin teruk hinggakan dia langsung tak lalu makan dan tak larat nak bangun. Suhu badannya kerap kali jugaklah mencecah 40 darjah celcius secara tiba2. Hari ke 4, kebetulan hari Sabtu aku buat keputusan untuk ambil MC memandangkan aku sendiri dah mula demam (may be sebab tak cukup tidur sbb terpaksa menjaga Nurin selama bbrp malam).
Pagi lagi kami terus bergegas ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Setengah jam menunggu barulah kami dipanggil masuk bertemu doktor. Agak mengecewakan bila kami terpaksa berkeras dengan doktor untuk membuat pemeriksaan darah. Alasan doktor bertugas waktu tu, Nurin hanya demam biasa..tapi bagi aku, ini bukan demam biasa sebab aku sudah mula dapat melihat bintik-bintik merah kelihatan pada badan Nurin. Sementelah lagi Nurin berkulit cerah macam papa, mmg obvious kelihatan. Bagaimana pun akhirnya doktor tersebut mengalah.
Sejam menunggu keputusan darah, akhirnya jururawat bertugas memanggil kami dan meminta Medical Card daripada Papa Nurin. "Anak Puan positive denggi, kami terpaksa tahan dia utk diberi rawatan lanjut", begitu kata doktor bertugas. Tiada pilihan lain yang kami boleh buat melainkan redha dengan pada ketentuanNya.
Lima hari berada di wad, bukan aku sahaja yg terpaksa menemani Nurin malahan si kecil Nadhira yang waktu tu berusia 8 bulan. Maklumlah, Nadhira masih lagi BF..terpaksa la..Papa pun tak terkecuali. Apa yang memeritkan adalah apabila setiap pagi doktor terpaksa mengambil darah Nurin. Memang kesian + sedih melihat keadaan Nurin waktu tu..hanya Tuhan yg tahu. Setiap pagi akan kedengaran tangisan Nurin apabila doktor ambil darah. Selain daripada tu, selama lima hari jugalah Nurin terpaksa dikenakan Intravenous drip (http://en.wikipedia.org/wiki/Intravenous_therapy). Berbotol-botol air dimasukkan..aduhai, kesian anakku. Berkali-kali dia merengek & cuba tanggalkan drip tersebut. Memang sukar utk bergerak ke mana-mana walaupun ke tandas. Tangan Nurin pun dah lebam dibuatnya. Apa nak buat, terpaksalah demi utk memulihkan keadaan dia.
Sepanjang masa berada di wad, banyak juga suggestion yg kami terima daripada rakan-rakan yg datang melawat. Ada yg mencadangkan kami beri Nurin makan sup ketam, minum 100 plus dan air zam zam. Semuanya kami cuba, tapi tak pasti la keberkesanannya. Tak salah mencuba kan...Terima kasih atas cadangan-cadangan tersebut.
Akhirnya, pada hari ke lima kami dibenarkan pulang setelah keputusan darah menunjukkan platlet darah sudah menghampiri paras normal. Alhamdulillah...namun pesanan doktor agak manakutkan kami, " Seorang kanak-kanak yang pernah dijangkiti demam denggi, biasanya apabila dia terkena lagi jangkitan keadaannya akan lebih teruk daripada kali pertama dia kena". huhuhu...Bermula dari detik itu, kami sentiasa berjaga-jaga..tak kira samada di rumah mahupun waktu di luar. Malahan pada pihak taska juga kami sering ingatkan mereka kalau rumput di sekitar taska tidak terbela. Bukan untuk anak kami shj, tp utk semua yg berada di situ.
Di sini juga saya nak kongsikan sedikit info tentang denggi. Enjoy reading & jangan lupa sematkan di hati sebagai panduan kita :) .
Apa itu Demam Denggi
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Tanda & Gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Diagnosis
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.
Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.
Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah. Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.
Epidemiologi
Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utara pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkan enam belas kematian.
Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.
Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.
Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilaporkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.
Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.
Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dankepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah-muntah
7. Sakit perut
8. rasa pahit pada lidah
9. lemah dan tidak bermaya
Bagaimana demam denggi berjangkit
1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
* Artikel ini dipetik drpd http://ms.wikipedia.org/wiki