Wednesday, November 24, 2010

Home » , » Syarat-Syarat Untuk Masuk Ke Taska Permata Perpaduan

Syarat-Syarat Untuk Masuk Ke Taska Permata Perpaduan



Salam sejahtera semua..

Ini Mama kongsikan info yang ditanya oleh beberapa pengunjung blog kecik Mama samada komen kat n3 Mama yang LEPAS mahupun yang telah e-mail Mama directly. Harapnya dapat la menjawab semua persoalan yang ditanya. 


Kemudahan-Kemudahan Taska Permata Perpaduan:-

  1. Makanan disediakan;
  2. Pendidik mempunyai kelayakan diploma dan mempunyai Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak;
  3. Kelengkapan/ peralatan bersesuaian bagi perkembangan kanak-kanak;
  4. Premis yang sesuai serta selamat untuk kanak-kanak.

Syarat-Syarat Masuk Taska Permata Perpaduan:-

  1. Fokus Taska Permata Perpaduan menerima kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun. Kanak-kanak kurang dari 2 tahun boleh diambil jika permintaan tidak menggalakkan bagi fokus umur yang dinyatakan.
  2. Anak dari keluarga yang berpendapatan rendah.
  3. Perkhidmatan adalah kepada semua warganegara Malaysia dengan memberi keutamaan kepada ibubapa yang tinggal berdekatan atau bekerja berhampiran dengan Taska Permata Perpaduan.
  4. Melengkapkan borang pendaftaran dan menandatangani Surat Akujanji (boleh diambil dari SINI ataupun dari Taska Permata Perpaduan yang berhampiran)
  5. Masa beroperasi 8.00 pagi - 5.00 petang; 5 hari seminggu; Isnin - Jumaat / Ahad-Khamis (bg negeri Terengganu, Kedah, Perlis & Kelantan).
  6. Sumbangan bulanan sebanyak RM 50.00. 
  7. Yuran pendaftaran sebanyak RM 100.00 (ini Mama tambah sendiri kat sini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan Mama)

Kriteria Lain:-
  1. Keperluan kanak-kanak seperti pakaian, lampin, alat bersih diri disediakan oleh ibubapa. Susu perlu dibekalkan oleh ibubapa jika kanak-kanak masih menyusu.
  2. Ibubapa wajib memperuntukkan masa 1 jam seminggu (4 jam sebulan) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersama kanak-kanak.

Nota: Sumber info ini diperolehi daripada Pihak Pengurusan Taska Permata, BSP. Info ini adalah Lampiran 1 yang disertakan pada Borang Pendaftaran Masuk ke Taska Permata Perpaduan. 

4 comments

February 27, 2013 at 9:36 AM

salam mama

saya dah g download borang pendaftran ke taska permata tak boleh pun..mcmaner saya nak masukkan anak saya disana

February 27, 2013 at 9:37 AM

salam mama..

Borang Pendaftaran Taska Permata tak boleh muat turun pun

February 27, 2013 at 1:16 PM

@nurfid's style wsalam
cuba ambik dr sini
http://www.mediafire.com/?cxjruk65529vq9w

cara lain, boleh pegi taska permata yg terdekat..good luck!

March 9, 2013 at 1:23 PM

Salam...hari khamis taska permata fikri pulang pukul berapa...tq

Post a Comment